11 Mac 2019 - 14:19
Ketua Kehakiman Iran Janji Transformasi Terhadap Sistem Undang-Undang Negara Itu

Ketua Hakim Iran yang baru dilantik, Hojjatoleslam Ebrahim Raeisi berjanji untuk melaksanakan transformasi undang-undang dalam rangka menangani perubahan prioriti yang berlaku di negara tersebut selepas Revolusi tahun 1979.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Hakim Iran yang baru dilantik, Hojjatoleslam Ebrahim Raeisi berjanji untuk melaksanakan transformasi undang-undang dalam rangka menangani perubahan prioriti yang berlaku di negara tersebut selepas Revolusi tahun 1979.

Raeisi, yang menggantikan Ayatollah Sadeq Amoli Larijani pada hari ini berkata bahawa transformasi itu dirancang berdasarkan pelan kerja yang diketuai oleh Pemimpin Revolusi Islam Iran sendiri, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei pada bulan lalu ketika negara Iran merayakan hari ulang tahun ke-40 Revolusi tahun 1979.

"Berdasarkan kaji selidik, warga awam masih memiliki kebimbangan berhubung sistem keadilan," kata Raeisi di majlis pelantikannya di Tehran. "Permintaan dasar mereka adalah untuk melihat (proses) keadilan (dilaksanakan dengan) lebih (baik) berbanding sebelumnya. Oleh itu, transformasi undang-undang perlu menjadi fokus pentinh di dalam apa yang dipanggil sebagai fasa kedua (Revolusi tahun 1979)," tambah beliau.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata, ketiga-tiga cabang kuasa, termasuk eksekutif, perundangan dan badan kehakiman, perlu menjalin kerjasama lebih erat. -Press TV